Akibat Terlanggar Bahu, Lelaki Maut Ditikam

Diterbitkan: Selasa, 31 Januari 2017 7:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gara-gara berlanggar bahu dengan seorang lelaki di sebuah pusat hiburan di Mont Kiara di sini, seorang pekerja swasta maut ditikam lelaki berkenaan dalam kejadian Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata kejadian berlaku pada 4.30 pagi ketika mangsa berusia 27 tahun itu bersama tiga rakannya hendak meninggalkan pusat hiburan tersebut.

Beliau berkata mangsa dikatakan tidak sengaja terlanggar bahu lelaki itu  yang turut ditemani beberapa rakan sehingga berlaku salah faham sebelum mangsa ditikam.

"Mangsa ditikam dengan pisau lipat di bahagian dada kanan manakala dua rakannya cedera dibelasah kumpulan lelaki itu," kata Munusamy kepada pemberita di sini Selasa.

Mangsa kemudian dibawa ke rumahnya di Flat Sri Selangor sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dan disahkan meninggal dunia akibat pendarahan dalaman di bahagian paru-paru.

Munusamy berkata susulan itu polis menahan lapan lelaki tempatan berumur lingkungan 21 tahun sehingga 25 tahun bagi membantu siasatan.

"Kesemua mereka ditahan pada Ahad lepas sehingga semalam di sekitar Kajang dan ibu kota dan direman sehingga Jumaat ini," katanya.

Munusamy berkata polis turut mencari lima lagi lelaki bagi membantu siasatan kes itu yang dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya di mana-mana balai polis berdekatan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: mati , ditikam

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan