Mayat Pelajar Politeknik Lemas Dijumpai

Diterbitkan: Isnin, 30 Januari 2017 1:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Mayat seorang pelajar politeknik di Shah Alam yang dikhuatiri lemas semasa mandi di Pantai Cherating Lama di sini pada Ahad, ditemui kira-kira pukul 7.15 pagi Isnin.


Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata mayat Muhammad Iman Saufi Shaari, 20, dijumpai kira-kira 5 kilometer dari lokasi dia dipercayai lemas akibat ditarik ombak.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat sebelum jenazahnya dituntut keluarga untuk urusan pengebumian," katanya semasa dihubungi di sini, Isnin.

Muhammad Iman Saufi yang berasal dari Taman Wahyu, Kuala Lumpur dipercayai datang ke bercuti ke sini dengan enam rakannya dan mereka dikatakan mandi di pantai itu Ahad.

Kehilangan mangsa disedari oleh rakan-rakannya sekitar pukul 2.15 petang dan mereka membuat laporan polis selepas gagal mencari mangsa.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang Anuar Hassan berkata operasi mencari mangsa dimulakan pada pukul 4.30 petang sebelum dihentikan pada pukul 6.30 petang dan disambung semula pagi ini.

Operasi menyelamat juga mendapat bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan