Mayat Dua Remaja Ditemui Dalam Kereta

Diterbitkan: Isnin, 30 Januari 2017 9:32 PM

Nik Muhammad (kiri) dan Mohamad Sharul.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Mayat dua remaja ditemukan di dalam sebuah kereta di hadapan sebuah rumah di Kampung Panchor, Kemumin di sini Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Baru, Supt Setapa Yusof berkata, mayat kedua-dua mangsa, masing-masing berusia 18 tahun, ditemui terbaring - seorang di bahagian depan dan seorang lagi di bahagian penumpang belakang kereta.

"Kami dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu oleh orang awam pada 5.55 pagi tadi," katanya ketika dihubungi di sini.

Mangsa dikenali sebagai Mohamad Sharul Nizam Hasbullah beralamat di Kampung Gertak Sagu dan Nik Muhammad Hafiz Nik Zam Zam dari Kampung Panchor, Kemumin.

Setapa berkata, pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kecederaan pada kedua-dua mayat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat kedua-dua remaja itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat. - Bernama

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan