Seorang Maut, Empat Cedera Kemalangan Akibat Babi

Diterbitkan: Isnin, 30 Januari 2017 8:40 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang wanita maut manakala empat cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan yang berpunca daripada babi melintas di Kilometer 51, Jalan Kuantan-Kemaman, berhampiran Chendor di sini, Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Trafik negeri, Supt Mohd Noor Yusof Ali berkata, dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, mangsa Hamzatul Saira Juhari, 34, yang berasal dari Kijal, Terengganu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 

Katanya, ketika kejadian mangsa Hamzatul Saira yang bekerja sebagai penyambut tetamu dikatakan dalam perjalanan menuju ke Kemaman dengan menaiki kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu rakannya Ahmad Safuan Ahmad Ramli, 24, yang cedera dalam kejadian itu.

"Turut tercedera ialah pemandu dan penumpang kereta Proton Waja Mohd Aizuddin Razak, 29, yang merupakan inspektor kesihatan Pekan, isterinya Nurul Mardhiah Mahusin, 29, yang bekerja sebagai pembantu tadbir Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan anak mereka Ahmad Zarif, 2," katanya ketika dihubungi di sini, Isnin.

Sementara Mohd Abdul Halim Abdullah, 38, yang memandu kereta Proton Wira, tidak mengalami kecederaan. 

Menurutnya kemalangan dipercayai berpunca apabila kereta yang dipandu oleh Ahmad Safuan dan Mohd Abdul Halim yang datang dari arah bertentangan terlanggar seekor babi yang sedang melintas. 

"Kereta dipandu Ahmad Safuan kemudiannya terbabas ke jalan bertentangan dan melanggar kereta Proton Waja yang dinaiki keluarga Mohd Aizuddin," katanya semasa dihubungi di sini. 

Mohd Noor menambah akibat pelanggaran itu, Ahmad Safuan, Mohd Aizuddin dan Nurul Mardhiah cedera parah manakala Ahmad Zarif yang dipangku ibunya cedera ringan dan semua mereka dikejarkan ke Hospital Kemaman. 

Beliau berkata, jenazah mangsa juga dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat.    

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan