Marah Disoal Siasat, Remaja Tumbuk Polis

Diterbitkan: Ahad, 29 Januari 2017 11:06 AM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Marah disoal siasat, seorang remaja berusia 17 tahun bertindak menumbuk seorang anggota polis daripada Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dalam kejadian 11.10 malam Sabtu.

Ketua Polis Miri Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata terdahulu, mangsa yang berpangkat koperal sedang melakukan rondaan mencegah jenayah bersama rakan sekerja di Jalan Tudan sebelum terserempak dengan remaja tersebut.

"Suspek menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan dan mangsa mengarahkan suspek berhenti tetapi remaja itu enggan dan terus memecut," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Pasukan URB itu kemudian bertindak mengejar suspek yang kemudian terjatuh di atas jalan selepas motosikalnya terlanggar kon keselamatan yang diletak di tepi jalan terbabit.

Remaja berkenaan enggan memberi kerjasama ketika disoal siasat oleh anggota polis terbabit namun tiba-tiba marah apabila ditanya tentang telefon bimbit dan dompet miliknya.

"Suspek menghampiri mangsa serta terus menumbuk mangsa dua kali dengan tumbukan pertama mengenai dagu dan yang kedua di telinga kanan walaupun cuba dihalang mangsa," katanya.

Susulan itu remaja terbabit ditangkap atas kesalahan seksyen 332 Kanun Keseksaan menganggu penjawat awam menjalankan tugas dan siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai lesen memandu dan motosikal yang ditunggang adalah milik kakaknya.-- Bernama




Tags / Kata Kunci: Miri , tumbuk

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan