Empat Suspek Ditahan Susulan Kes Gaduh Di Kelab Malam Bukit Kiara

Diterbitkan: Ahad, 29 Januari 2017 1:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat ditahan berikutan kematian seorang lelaki dalam pergaduhan di sebuah kelab malam di Bukit Kiara pada Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bandaraya, Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, empat lelaki berusia antara 21 dan 22 tahun ditahan di Kajang pada Ahad.

"Kami masih memburu beberapa lagi suspek bagi membantu siasatan susulan kematian Muhammad Jeffri Abu Bakar.

"Motif kejadian masih disiasat dan setakat ini belum ada yang diputuskan termasuk salah faham," katanya ketika dihubungi.

Dilaporkan, mangsa berusia 22 tahun itu maut akibat ditikam dalam pergelutan dengan suspek pada kira-kira pukul 4 pagi.

Ketika kejadian, mangsa bersama dua lagi rakannya. 

Difahamkan pergaduhan itu bermula selepas berlaku apabila mangsa terlanggar bahu suspek ketika menari.

Saksi di tempat kejadian mendakwa sekurang-kurangnya 20 orang terlibat menyerang mangsa dan rakannya.

Mangsa ditikam dengan pisau pada dada, manakala rakan mangsa cedera di kepala dan juga dada.

Mangsa yang dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur bagaimanapun meninggal dunia pada pukul 9 pagi.

Tags / Kata Kunci: Bukit Kiara , Muhammad Jeffri

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan