'Pencipta' Kumpulan Sembur Cat Dicekup

Diterbitkan: Jumaat, 27 Januari 2017 3:20 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki dipercayai pemilik akaun Facebook yang memaparkan ugutan untuk menyembur cat aerosol kepada wanita Hindu yang 'berpakaian tidak sopan' ketika perayaan Thaipusam bulan depan.

Ketua Polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat berkata, lelaki tempatan berusia 29 tahun itu ditahan di Seberang Jaya, Pulau Pinang, kira-kira 9.20 malam Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan ugutan jenayah.

"Ketika tangkapan, polis turut merampas peralatan komputer milik lelaki terbabit yang tidak mempunyai rekod kesalahan lampau. Sekali lagi saya tegaskan polis memandang serius ugutan seperti ini," katanya.

Media sebelum ini melaporkan mengenai paparan ugutan tersebut dalam laman Facebook milik kumpulan yang menggelarkan diri mereka 'Thaipusam Spraying Group'.

Kumpulan terbabit turut memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan bahagian belakang wanita memakai pelbagai jenis sari dengan ugutan 'mereka akan disembur jika berpakaian tidak sesuai'.

Tags / Kata Kunci: Abdul Samah Mat

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan