Sanggup 'Masuk' Mulut Buaya Elak Dicekup Polis

Diterbitkan: Khamis, 26 Januari 2017 3:00 PM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Sekumpulan kaki judi sanggup 'masuk ke mulut buaya' apabila bertindak terjun ke dalam sungai dalam usaha untuk melarikan diri daripada ditangkap oleh polis.


Dalam kejadian yang berlaku di bandar Bako di selatan Sarawak pada Rabu, polis terpaksa menyelamatkan tujuh kaki judi yang berusaha melarikan diri daripada mereka.

Suspek sedang bermain judi di belakang sebuah kedai apabila polis membuat serbuan ke atas mereka, menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Datuk Dev Kumar.

"Mereka melakukan satu langkah terdesak dengan melarikan diri, sebahagian daripada mereka terjun ke dalam Sungai Bako dengan arus deras di belakang kedai," katanya.

"Sungai itu dipenuhi dengan buaya, mereka bernasib baik kerana terselamat. Kami menarik mereka keluar dari sungai menggunakan sampan.

"Kami akan mendakwa mereka melakukan aktiviti perjudian haram," katanya kepada The Star, Khamis.

Bako terletak kira-kira satu jam perjalanan dari ibu negeri, Kuching.

Serbuan itu adalah sebahagian daripada tindakan tegas polis Sarawak terhadap aktiviti perjudian di seluruh negeri, yang telah membawa kepada 43 serbuan dan 112 tangkapan setakat ini, kata Dev.

"Kira-kira 105 mesin judi dan wang RM44,460 telah dirampas," katanya.

Tags / Kata Kunci: kaki judi , Bako , aktiviti judi

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan