Rompak Bank Di Sungai Petani Kerana Terdesak

Diterbitkan: Khamis, 26 Januari 2017 3:48 PM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Seorang bekas anggota tentera dilapor mengambil keputusan merompak cawangan sebuah bank di sini semalam bagi memperoleh wang untuk menggantikan wang syarikat tempatnya bekerja yang telah diselewengkannya sebelum ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata siasatan awal mendedahkan suspek yang berusia 50 tahun yang bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat pengawal keselamatan mengalami tekanan selepas menyalahgunakan wang syarikatnya yang berjumlah lebih RM120,000.

"Sehari sebelum kejadian itu, satu laporan telah dikeluarkan oleh syarikat berkenaan dengan mendakwa lelaki tersebut telah menghilangkan wang hasil kutipan yang dilakukannya bagi pihak syarikat.

"Perbuatan suspek terbongkar selepas satu audit dilakukan syarikat berkenaan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Cubaan merompak bank itu berlaku pada pukul 8.43 pagi semalam di Taman Ria Jaya dekat sini, namun ia dapat dipatahkan seorang pengawal keselamatan yang bertugas di bank tersebut.

Asri berkata rompakan itu juga didapati dilakukan secara tidak terancang.

"Suspek dipercayai tidak tahu kedudukan bilik simpanan wang bank itu, sementara pemilihan bank untuk dirompaknya juga dipercayai dilakukan secara rambang, malah masa rompakan juga tidak tepat," ujarnya.

Beliau turut menafikan terdapat orang dalam yang terlibat dalam kes itu dan dipercayai ia dilakukan secara berseorangan dalam keadaan terdesak dan tertekan.

"Kita telah lakukan siasatan di rumah dan pejabat suspek di mana pihak polis menemui komponen-komponen untuk membina senjata, senapang angin buatan sendiri serta beberapa kotak peluru hidup.

"Pihak kami juga percaya suspek mempunyai kemahiran membina senjata memandangkan suspek adalah bekas tentera," katanya.

Mengenai dua das tembakan yang dilepaskan, katanya sebutir peluru mengenai dan menembusi paha pengawal keselamatan tersebut manakala sebutir lagi telah tersasar.

"Dipercayai tembakan itu dilepaskan ketika berlaku pergelutan antara kedua-duanya dan ia telah mengenai mangsa. Kini mangsa dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim dan berada dalam keadaan stabil," katanya.

Asri turut mengesahkan pistol yang digunakan dalam kejadian itu adalah milik syarikat tempat suspek bekerja.

Suspek kini ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api, Seksyen 307 Kanun Keseksaan Cubaan Bunuh, Seksyen 8 Akta Senjata Api (Pemilikan Senjata Tanpa Lesen) dan Seksyen 8(A) Akta Senjata Api 1960 (Memiliki Peluru dan Amunisi).

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan