Ikhlas, Pemandu Lori Dipanggil Beri Keterangan

Diterbitkan: Khamis, 26 Januari 2017 11:09 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Wakil-wakil dari Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) dan pemandu lori, Nasrul Faiz Zulfahmi yang dipukul oleh sekumpulan lelaki di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa pada minggu lepas, akan disoal siasat oleh polis pada Jumaat.

Difahamkan Presiden Ikhlas Mohd Ridzuan Abdullah dan Nasrul akan hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang untuk memberi keterangan berhubung perhimpunan yang diadakan di Plaza Tol Sungai Besi, Ahad.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias ​​mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.

"Mereka hanya dipanggil untuk memberi keterangan," katanya.

Pada Ahad, kira-kira 200 pemandu lori berkumpul di plaza tol berkenaan sebagai tanda solidariti terhadap Nasrul.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh Ikhlas.

Nasrul telah diserang dengan kejam di kondominium itu pada 14 Januari lalu selepas beliau tidak sengaja melanggar sebuah kereta Mercedes-Benz.

Nombor pendaftaran kereta Mercedez-Benz itu patah dan terdapat beberapa kesan calar.
Tags / Kata Kunci: pemandu lori , Ikhlas

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan