Kanak-Kanak Tiga Tahun Maut Dihempap Pintu Pagar

Diterbitkan: Khamis, 26 Januari 2017 6:00 PM

Pintu pagar yang menghempap budak perempuan berusia tiga tahun di Kampung Melayu Raya, Pekan Nenas, Rabu petang.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU:Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dua bulan maut dihempap pintu pagar besi sebuah taska di Kampung Melayu Raya, Pekan Nenas di sini, Rabu petang.

Dalam kejadian 6.27 petang itu, mangsa, Nur Adawiyah Zulkifli bersama dua adik beradiknya dipercayai sedang bermain sorong tarik pagar sebelum pagar beroda itu terkeluar dari landasannya lalu menghempap mangsa.

Mangsa yang juga murid di taska itu disahkan meninggal dunia pada 6.39 petang ketika tiba di klinik kesihatan berhampiran selepas mengalami kecederaan di kepala.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superitendan Zakaria Abd Rahman dalam satu kenyataan berkata sebelum kejadian, semua murid mula dijemput ibu bapa masing-masing termasuk mangsa, abang serta kakaknya yang dijemput ibu mereka berusia 36 tahun kira-kira 5 petang.

Beliau berkata, ibu mangsa kemudian berbual bersama guru sambil membantu mengemas kelas, manakala mangsa bersama kakak dan abangnya yang berusia tujuh dan lima tahun bermain di luar premis.

"Tiba-tiba ibu mangsa dan guru taska tersebut dikejutkan dengan bunyi bising dan berlari keluar sebelum mendapati mangsa terbaring dihempap besi pagar taska itu," katanya sambil menyatakan kakak serta abang mangsa terselamat.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pontian untuk dibedah siasat. Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Pekan Nenas , Nur Adawiyah Zulkifli

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan