Banduan Lakukan Persetubuhan Luar Tabii Dipenjara Sembilan Tahun, Tiga Sebatan

Diterbitkan: Khamis, 26 Januari 2017 2:28 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Setelah menghabiskan masa hampir tiga tahun di dalam penjara akibat melakukan jenayah mencuri, seorang banduan hari ini dihukum penjara lagi, kali ini sembilan tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Ayer Keroh di sini, Khamis.

Ariff Amirrul Akmal Abu Bakar Lam, 21, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap rakannya yang juga merupakan seorang banduan berusia 19 tahun.

Hakim Ahmad Sazali Omar memerintahkannya menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 19 Jan lepas.

"Kamu sebelum ini dipenjara kerana mencuri. Hanya tinggal lagi baki dua minggu sahaja kamu perlu tinggal di dalam penjara. Sepatutnya di saat-saat akhir, kamu kenalah lebih menjaga tingkah laku kamu, namun perkara bertentangan pula yang kamu lakukan," katanya.

Ariff Amirrul Akmal didakwa melakukan kesalahan itu di Tingkat Bawah, Pusat Koreksional Jasin, Jasin, pada 11.30 malam, 11 Jan lepasmengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi memohon hukuman setimpal kerana lelaki itu pernah disabitkan dengan kesalahan mencuri, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan.

Tertuduh yang berasal dari Ampang, Selangor itu sebelum ini dipenjara selama tiga tahun oleh Mahkamah Majistret, atas kesalahan mencuri kenderaan, mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. 

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan