Tawau Jadi Pilihan Militan Menyusup Ke Selatan Filipina - KPN

Diterbitkan: Rabu, 25 Januari 2017 3:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kedudukan geografi Tawau, Sabah yang berada dalam segi tiga antara Malaysia, Filipina dan Indonesia dipercayai  menjadi faktor utama mengapa kumpulan pengganas Daesh memilih perairan kawasan itu sebagai laluan utama untuk menyusup masuk ke Selatan Filipina melalui jalan laut.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya menyedari kecenderungan kumpulan militan berkenaan untuk cuba mengambil kesempatan daripada kelebihan keadaan itu dan sehubungan itu telah meningkatkan pemantauan dan tahap keselamatan di Tawau. 

"Polis tahu mereka (kumpulan militan) ini menggunakan kawasan Tawau, Sabah, Pulau Sebatik, Indonesia dan Selatan Filipina sebagai laluan masuk untuk menyertai kumpulan mereka di Selatan Filipina.

"Jadi kita akan meletakkan 'antenna' (anggota) kita di kawasan tumpuan ini yang sekaligus mampu melumpuhkan pergerakan mereka untuk ke Selatan Filipina," katanya kepada pemberita pada Majlis Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman di sini, Rabu.

Khalid berkata kumpulan militan ini turut mengambil kesempatan daripada kepesatan ekonomi serta pergerakan keluar masuk rakyat tempatan dan warga negara jiran di perairan Tawau, Sabah untuk memudahkan pergerakan dan melindungi perbuatan mereka.

"Bagaimanapun, saya menyangkal dakwaan Sabah sebagai lokasi transit kumpulan pengganas sebaliknya kedudukan segi tiga di Tawau itu menyebabkan mereka menggunakan laluan di perairan negara kita," katanya.

Khalid merujuk kepada kejayaan polis baru-baru ini yang berjaya melumpuhkan cubaan kumpulan pengganas itu untuk menyeludup keluar anggota mereka dari negara ini untuk menyertai kumpulan militan yang berada di selatan Filipina.

Dalam kes itu, polis menangkap sepasang kekasih iaitu seorang lelaki rakyat Filipina berumur 31 tahun di Kota Kinabalu dan wanita berumur 27 tahun dari Selangor.

Pasangan itu merancang untuk ke Sandakan sebelum menyusup masuk ke selatan Filipina bagi menyertai kumpulan Daesh pimpinan Dr Mahmud Ahmad yang kini bergabung dengan Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) pimpinan Isnilon Hapilon.

Mengulas tindakan Mahmud yang difahamkan sedang giat merekrut anggota baharu di selatan Filipina, Khalid berkata polis menyedari perkara itu.

"Kami tahu dia (Mahmud) sedang mempengaruhi warga tempatan, Indonesia dan Thailand untuk terlibat dengan latihan militan di sana (selatan Filipina) dan kami sentiasa memantau segala aktiviti yang dijalankan.

"Kami juga bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Filipina bagi mengatasi masalah ini," katanya.

Sehingga 2001 hingga 2016, statistik menunjukkan PDRM berjaya memberkas seramai 537 anggota militan dan dari jumlah itu 264 terpengaruh dengan anasir militan Daesh.--Bernama

Tags / Kata Kunci: Tawau , Filipina , KPN

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan