Pos Malaysia Sahkan Kakitangan Ahli Sindiket 'Geng Tuah'

Diterbitkan: Rabu, 25 Januari 2017 8:38 PM

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak SAC Datuk Gan Tian Kee (tengah) menunjukkan pasport dan buku cuti sakit hospital kerajaan dengan tertangkapnya sindiket 'Geng Tuah' dalam kes pemalsuan dokumen kerajaan dan memiliki kereta klon pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Perak, Isnin. Polis Perak menahan lima individu dalam tiga tangkapan berasingan pada 20 dan 22 Januari lepas. --fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mengesahkan seorang kakitangannya telah ditahan kerana disyaki terbabit dengan anggota ‘Geng Tuah’ yang aktif memalsukan dokumen kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Datuk Mohd Shukri Mohd Salleh dalam satu kenyataan berkata pihaknya tidak dapat mengulas lanjut perkara itu kerana ia masih dalam siasatan.

"Kami boleh mengesahkan bahawa seorang kakitangan telah ditahan berkaitan kes tersebut.

"Walau bagaimanapun, kami ingin menegaskan bahawa kami tidak sekali-kali menyokong kegiatan seperti itu," katanya dalam satu kenyataan, Rabu.

Katanya, Pos Malaysia akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa dan menunggu hasil siasatan sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

Beliau menambah, Pos Malaysia juga telah mengambil langkah  proaktif dengan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk mengelakkan kegiatan penipuan.

"Ekoran kes ini, syarikat telah sekali lagi memberikan taklimat dengan kakitangan kami untuk lebih berhati-hati dalam menangani dokumen penting.

"Kami juga akan berbincang dengan pihak berkuasa berhubung langkah-langkah yang lebih ketat bagi menangani taktik pemalsuan baharu, dan jika perlu, dikaji semula," katanya.

Dalam tiga serbuan yang dijalankan oleh pihak polis pada Jumaat dan Ahad lepas,  lima individu dipercayai anggota ‘Geng Tuah' diberkas oleh polis Perak.


Dalam serbuan ketiga, polis menahan sepasang suami isteri, masing-masing berusia 37 tahun dan bekerja sebagai kerani Pos Malaysia dan guru, di Pokok Asam, Taiping.

Sindiket itu dipercayai memalsukan dokumen rasmi kerajaan seperti kad pengenalan, lesen memandu, cukai jalan dan perakuan pendaftaran untuk kereta klon atau curi sejak beberapa tahun lepas.
Tags / Kata Kunci: geng Tuah , Pos Malaysia , dokumen kerajaan

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan