Polis Kesan Seorang Lagi Pelajar Rakam Guru

Diterbitkan: Selasa, 24 Januari 2017 3:13 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lagi pelajar berhubung kes merakam dan menyebar video bahagian dalam kain baju kurung seorang guru wanita pada 16 Januari lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Sukri Kaman berkata pelajar tingkatan tiga itu dipercayai berada di Johor.

"Pelajar ini dipercayai rakan pelajar yang terlibat dan kita juga sedang mengesan individu lain yang bertindak menyebar serta melakukan perkara ini," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini Selasa.

Video berdurasi tujuh saat itu dirakam menggunakan telefon bimbit pada 8.30 pagi ketika guru Bahasa Inggeris berkenaan sedang membalut meja pelajar di dalam kelas.

Pada Sabtu lepas, polis mengenal pasti lima pelajar tingkatan tiga sekolah menengah di ibu negara yang merakam dan menyebarkan video bahagian dalam kain baju kurung seorang guru wanita.

Mohd Sukri berkata kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mengaibkan kehormatan seseorang dan berkelakuan tidak senonoh.  - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: rakam video , guru wanita

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan