Pemilik Taska, Tiga Pengasuh Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Diterbitkan: Selasa, 24 Januari 2017 7:01 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemilik serta tiga pengasuh taman asuhan kanak-kanak (taska) di Bangi yang ditahan berhubung kes tiga kanak-kanak yang diikat dan dipercayai didera, dibebaskan dengan jaminan polis pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata keempat-empat wanita berusia berusia antara 24 dan 46 tahun yang ditahan sejak Jumaat lepas direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

"Kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan pihak polis sedang menunggu arahan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Gambar kanak-kanak berkenaan yang diikat kaki dan tangan selain mulut mereka ditutup tersebar di laman sosial sejak Khamis lepas.

Pada Isnin, Othman berkata taska terbabit didapati beroperasi tanpa lesen dan polis juga telah merakam percakapan lapan individu termasuk ibu bapa kanak-kanak terbabit. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: taska Bangi , kes dera , jaminan polis

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan