Ibu Mengaku Rantai Anak Perempuan

Diterbitkan: Selasa, 24 Januari 2017 10:32 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ibu kepada wanita yang dirantai tampil mengaku dia bertindak merantai anak perempuannya itu.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata ibu wanita tersebut telah membuat laporan polis kira-kira pukul 3.15 petang Isnin.

"Dia mendakwa anak perempuannya itu mabuk. Dia kemudian bertindak merantai mangsa kerana bimbang dengan keselamatannya.

"Kami tidak menjumpai sebarang elemen jenayah di dalam kes itu setakat ini dan wanita tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Megat Mohamad berkata dengan perkembangan terbaharu ini, polis menyifatkan kes ini sebagai sudah selesai.

Pada Ahad, seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an dijumpai dalam keadaan dirantai di hadapan Kompleks 3K di Serdang Raya.

Jabatan Bomba dan Penyelamat datang ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan dan membebaskan wanita itu.

Difahamkan, wanita berkenaan dirantai kerana sering mabuk.

Tags / Kata Kunci: rantai , mabuk

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan