18 Termasuk Orang Asli, Wartawan Sambilan Ditahan

Diterbitkan: Selasa, 24 Januari 2017 2:12 PM

Orang Asli yang tinggal di Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah, Gua Musang membuat sekatan di Kampung Petei di sini, sejak 26 September lepas bagi menghalang aktiviti pembalakan di kawasan itu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Perhutanan Kelantan menahan lebih 16 Orang Asli dan dua wartawan sambilan ketika sekatan jalan di Hutan Simpan Balah dekat Gua Musang.

Menurut peguam, Siti Kassim yang mewakili komuniti Orang Asli itu, pihak penguatkuasa memasuki kawasan sekatan jalan Matau Cawas dekat Pos Bihai dan menahan Orang Asli yang membuat halanan di situ sejak September lalu.

Lima Orang Asli yang ditahan Isnin telah dibebaskan pada Selasa.

"Hari ini, ada Orang Asli dari Pos Bihai ditahan. Setakat ini enam telah ditahan.

"Mereka masih didalam, jadi saya tak boleh nak cakap banyak," kata Siti ketika dihubungi pada Selasa.

Dua wartawan sambilan yang ditahan dipercayai bertugas dengan stesen televisyen.

Menurut Siti, jabatan berkenaan dijangka bertindak di Pos Paik tetapi lalu ke kawasan agak sukar kerana jambatan yang menghubungkannya runtuh kerana hujan lebat.

Pada November lalu, sekatan yang dibina komuniti Orang Asli dirobohkan, manakala sekumpulan Orang Asli ditahan.

Bagaimanapun, pihak Orang Asli kemudiannya membina semula sekatan untuk masuk ke beberapa laluan ke hutan simpan itu.

Tags / Kata Kunci: Orang Asli , Gua Musang , Siti Kassim

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan