Kes Budak Diikat: Taska Beroperasi Tanpa Lesen

Diterbitkan: Isnin, 23 Januari 2017 5:22 PM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di Bangi yang disyaki terbabit dalam kes tiga kanak-kanak yang diikat dan dipercayai didera didapati beroperasi tanpa lesen.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Othman Nanyan berkata, siasatan awal mendapati taska itu baru beroperasi sejak hampir empat bulan lepas dan dalam proses mendapatkan lesen.

"Siasatan masih dijalankan dan fokus siasatan adalah terhadap kesahihan gambar yang tersebar di laman sosial serta apa sebenarnya yang berlaku," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini, Isnin.

Selain itu, beliau berkata, polis telah merakam percakapan lapan individu termasuk ibu bapa kanak-kanak terbabit. 

Katanya, gambar berkenaan dipercayai dirakam pada 27 Disember tahun lepas oleh seorang bekas pekerja taska terbabit.

"Laporan polis hanya dibuat bekas pekerja itu pada 19 Januari lepas selepas dia (pengadu) sebarkan gambar itu. Pengadu hanya bekerja selama beberapa hari dan berhenti kerja pada 31 Disember tahun lepas," katanya. 

Mengulas lanjut, Othman berkata, pemeriksaan terhadap tiga kanak-kanak yang berusia enam bulan hingga empat tahun yang diikat itu mendapati tiada kecederaan fizikal terhadap mereka.

"Polis juga telah merampas kain yang mempunyai persamaan seperti dalam gambar yang ditularkan," katanya.

Setakat ini, pemilik taska dan tiga pekerjanya yang ditahan sejak Jumaat lepas direman sehingga Selasa bagi membantu siasatan.

Gambar kanak-kanak berkenaan yang diikat kaki dan tangan selain mulut mereka ditutup tersebar di laman sosial sejak Khamis lepas. - Bernama

Tags / Kata Kunci: taska

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan