Polis Buru Peniaga Jual Kad Pertubuhan Kerabat Kelantan

Diterbitkan: Isnin, 23 Januari 2017 2:55 PM

Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim (tengah) menunjukkan contoh salinan kad palsu yang menggunakan nama Yang Di-Pertuan Agong ke-15 dan pertubuhan itu pada sidang media di Istana Balai Besar pada Ahad. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Polis memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penjualan kad menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V dan Pertubuhan Kerabat D'Raja Kelantan Al-Muhammadi. 

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata pihaknya telah mengenal pasti suspek berusia 66 tahun itu yang juga seorang peniaga, hasil laporan seorang mangsa pada pertengahan bulan ini. 

Ab Rahman berkata suspek hanya menunjukkan kad pertubuhan yang dimilikinya kepada mangsa daripada kalangan orang awam dan jika ada yang berminat, merekahanya perlu mengemukakan dua gambar bersaiz pasport.

"Suspek yang bergerak secara bersendirian kemudiannya akan menyerahkan sekeping kad lengkap dengan nombor pendaftaran dan cip kepada mangsa selepas tempoh tertentu. 

"Bagaimanapun, suspek tidak meminta bayaran daripada mangsa dan bergantung kepada mangsa untuk memberi wang kepadanya sebagai imbuhan," katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat pemindahan banjir di Sekolah MenengahKebangsaan Pak Badol di sini, Isnin.

Ab Rahman berkata suspek yang berpenampilan kemas bagi mengaburi matamangsanya, sering menggunakan nama anggota kerabat diraja Kelantan bagi memudahkan penipuannya.

Beliau berkata kad itu diminati mangsa atas alasan dapat memudahkan urusan dengan agensi kerajaan, malah turut digunakan bagi mengelak disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) jika menggunakan kereta bercermin gelap.

"Kita percaya setakat ini lebih 10 mangsa telah ditipu lelaki itu, namun gerakan memburu suspek agak sukar kerana lelaki berkenaan sering melarikan diri dari satu tempat ke satu tempat selepas mengetahui ada laporan polis dibuat mangsa," katanya.

Pada Ahad, Pertubuhan Kerabat D'Raja Kelantan Al-Muhammadi memberi amaran keras kepada semua pihak agar menghentikan segera tindakan menggunakan nama Sultan Muhammad V dan pertubuhan itu untuk kepentingan peribadi. 

Yang Di-Pertuanya Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim berkata pemalsuan kad menggunakan nama dan lambang diraja dikesan sejak 2012 namun semakin berleluasa selepas pelantikan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan