Wanita Dijumpai Dirantai Di Serdang Raya

Diterbitkan: Ahad, 22 Januari 2017 6:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 28 tahun dijumpai dalam keadaan dirantai di hadapan Kompleks 3K di Serdang Raya, dekat sini, Ahad.

Difahamkan, wanita berkenaan dirantai kerana sering mabuk namun, tiada pengesahan dibuat oleh keluarganya.

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan untuk membantu mangsa pada 9.45 pagi Ahad.

"Mangsa dirantai dari bahagian leher sehingga badannya. Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Serdang dapat membantu mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, Ahad.

Beliau berkata rantai berkenaan dapat dipotong menggunakan pemotong besi sebelum mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu namun, enggan mengulas lanjut.

"Siasatan sedang dilakukan berhubung kes ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: wanita dirantai , Serdang Raya , mabuk

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan