Wanita Dirantai Kaki Botol - Jiran

Diterbitkan: Ahad, 22 Januari 2017 9:13 PM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Wanita yang ditemui dirantai di luar Kompleks 3K, Serdang Raya di sini merupakan kaki botol, menurut bekas jiran mangsa.

"Dia kaki botol. Saya masih ingat lagi dia ditemui berjalan dalam keadaan bogel selepas minum alkohol semalaman," kata seorang jiran yang enggan namanya didedahkan.

Jirannya berkata wanita itu tinggal di sebuah rumah sewa bersama suami dan tiga orang anaknya.

"Suaminya sudah tidak tahan dengan tabiat wanita itu lalu menceraikannya," kata jiran mangsa.

The Star bertemu jiran mangsa selepas menjejaki tempat tinggalnya yang mengambil masa selama lima minit menggunakan kereta dari lokasi dia ditemui.

Kira-kira pukul 10 pagi Ahad, penduduk dan pejalan kaki terlihat seorang wanita berusia dalam lingkungan usia 20-an dirantai dari leher hingga ke badan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat datang ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan dan membebaskan wanita itu.

Jurucakap Bomba berkata wanita itu diserahkan kepada polis dan ahli keluarganya sudah dimaklumkan.

Tags / Kata Kunci: wanita , dirantai , Serdang

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan