Tiga Rentung Rumah Dibakar Lelaki Amuk - Berita Jenayah | mStar

Tiga Rentung Rumah Dibakar Lelaki Amuk

Diterbitkan: Ahad, 22 Januari 2017 6:01 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Tiga rentung selepas sebuah rumah yang didiami 10 sekeluarga di Kampung Tumu Batu 10, Jalan Matang dekat sini dibakar seorang lelaki yang mengamuk.

Sebelum itu, lelaki berkenaan bertindak menetak Mohd Joe Abdullah, 23, di bahagian leher dan pinggangnya sehingga maut.

Menurut isteri Mohd Joe, Sofia Asan, 17, lelaki itu bertindak membakar rumah itu selepas menetak suaminya.

Katanya dua lagi yang rentung dikenali sebagai Noraini, 62, dan Daud, 64.

"Saya mendukung anak bersama-sama ibu sempat menyelamatkan diri dengan keluar melalui pintu belakang rumah.

"Bagaimanapun nenek (Noraini) yang sakit dan datuk (Daud) yang buta tidak dapat menyelamatkan diri dan ditemui terbakar," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: rentung , kebakaran
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan