Suami Isteri Maut Dalam Kemalangan Babitkan Empat Kenderaan

Diterbitkan: Ahad, 22 Januari 2017 10:54 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Sepasang suami isteri maut apabila kenderaan pelbagai guna dinaiki bersama seorang anak lelaki mereka terlibat kemalangan dengan tiga lagi kenderaan di KM116 Jalan Kuantan-Johor Bahru dekat Rompin tengah hari Ahad.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu mangsa Mohd Shafiee Ngah, 50, yang merupakan pemandu meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Rompin.

Isterinya, Norhazaimi Abd Wahab, 48, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Sementara anak lelaki mereka Muhammad Faris berumur lingkungan sembilan tahun cedera parah dan kini menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azli Mohd Noor berkata pemandu tiga lagi kenderaan berkenaan serta seorang penumpang mengalami luka-luka kecil. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: kemalangan , suami isteri

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan