Pukul Pemandu Lori: Empat Termasuk Wanita Ditahan - Berita Jenayah | mStar

Pukul Pemandu Lori: Empat Termasuk Wanita Ditahan

Diterbitkan: Ahad, 22 Januari 2017 1:15 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Empat individu termasuk seorang wanita ditahan berhubung kes seorang pemandu lori dibelasah sekumpulan lelaki di tempat letak kereta kondominium Puncak Anthenaneum, Bukit Antarabangsa dekat sini, pada 14 Januari lepas.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata kesemua mereka berusia 20 hingga 30-an itu ditahan dalam operasi di Negeri Sembilan, Kepong dan Kajang, Selangor Sabtu malam.

"Polis akan mencari beberapa lagi rakan suspek untuk membantu siasatan, usaha mengesan individu lain sedang dijalankan bagi membantu polis mendapatkan gambaran sebenar kejadian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ops Selamat 10/2017 Sempena Tahun Baharu Cina di sini, Ahad.

Beliau berkata kesemua suspek direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Semalam, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata polis  merakam percakapan 15 individu termasuk pemilik video berhubung kes pukul itu.

Kes tersebut mendapat perhatian ramai apabila rakaman video yang tidak diketahui sumbernya menjadi tular di laman sosial yang memperlihatkan aksi beberapa lelaki membelasah mangsa yang terbaring di jalan raya selama beberapa minit.-- Bernama

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan