Imigresen Tahan 17 Tukang Masak, Pelayan Warga Thailand - Berita Jenayah | mStar

Imigresen Tahan 17 Tukang Masak, Pelayan Warga Thailand

Diterbitkan: Sabtu, 21 Januari 2017 5:18 PM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Tujuh belas warga Thailand yang bekerja sebagai tukang masak dan pelayan pelanggan di restoran tomyam di Kepala Batas dan Butterworth, dekat sini ditahan dalam Ops Ikrar, Jumaat.

Jurucakap Jabatan Imigresen Pulau Pinang (JIPP) berkata dalam operasi bermula pukul 4 petang itu, penguat kuasa Imigresen terlebih dahulu menyamar sebagai pelanggan di restoran tomyam berkenaan sebelum menjalankan pemeriksaan ke atas pekerja di situ.

"Dalam pemeriksaan di restoran tomyam di Jalan Datuk Haji Ahmad Badawi, di sini itu, enam lelaki dan empat wanita Thailand ditahan manakala di Lorong Teras Jaya 2, Butterworth, tujuh wanita dari negara sama ditahan," katanya di sini Sabtu.

Beliau berkata semasa operasi itu, ada beberapa pekerja asing cuba melarikan diri melalui pintu dapur restoran, bagaimanapun gagal kerana anggota Imigresen terlebih dahulu mengepung kawasan berkenaan.

Sementara itu, katanya, seramai 18 lelaki warga asing turut ditahan dalam operasi berasingan di sekitar Butterworth dan George Town, dekat sini Jumaat.

Jurucakap itu berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 14 warga Indonesia dan empat lelaki warga India yang bekerja sebagai buruh di tapak pembinaan, pengawal keselamatan serta pembantu kedai.

"Semua warga asing yang ditahan dalam dua operasi itu gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri, tiada permit kerja, tinggal lebih masa dan menyalah guna pas lawatan sosial mereka," katanya.

Beliau berkata semua mereka berusia 25 hingga 48 tahun itu dibawa balik ke pejabat JIPP di Seberang Jaya untuk didokumentasi sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Juru bagi siasatan lanjut.

Katanya pihaknya turut mengarahkan dua lelaki tempatan yang merupakan majikan kepada warga asing ditahan itu hadir ke pejabat imigresen untuk siasatan lanjut. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: Ops Ikrar , tukang masak , pelayan , Thailand
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan