Polis Kenal Pasti Lima Pelajar Rakam, Sebar Video Aibkan Guru Wanita

Diterbitkan: Sabtu, 21 Januari 2017 2:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis mengenal pasti lima pelajar tingkatan tiga di sekolah menengah di ibu negara yang bertindak merakam dan menyebarkan video bahagian dalam kain baju kurung seorang guru wanita, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata video itu dirakam menggunakan telefon bimbit pada 8.30 pagi ketika guru bahasa Inggeris berkenaan sedang membalut meja pelajar di dalam kelas. 

"Rakaman video berdurasi tujuh saat itu tular dalam kalangan pelajar tingkatan tiga di sekolah tersebut dan guru itu hanya mengetahui perkara tersebut setelah dimaklumkan oleh guru displin yang membuat pemeriksaan Rabu lepas," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Sabtu. 

Susulan itu, Mohd Sukri berkata guru berkenaan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam. 

Beliau berkata setakat ini, polis telah merakam percakapan dua pelajar tingkatan tiga sekolah itu yang dipercayai menyaksikan kejadian bagi membantu siasatan. 

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mengaibkan kehormatan seseorang dan berkelakuan tidak senonoh. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Sukri Kaman , Dang Wangi

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan