Dua Maut Nahas Babitkan Tiga Kenderaan

Diterbitkan: Sabtu, 21 Januari 2017 11:30 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Dua maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 201.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan selepas Hentian Rehat  and  Rawat Gunung Semanggol dekat Bukit Merah di sini malam Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Mohd Taufiq Abd Sattar berkata insiden itu berlaku kira-kira 8.15 malam apabila sebuah treler membawa muatan simen dari arah selatan terbabas lalu merempuh pembahagi jalan dan masuk ke laluan bertentangan.

"Sebuah kereta Proton Exora dari arah utara melanggar sisi treler terbabit dan menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbakar.

"Sementara itu, sebuah kereta Perodua Myvi juga dari arah utara melanggar treler dan terbabas ke bahu jalan," katanya ketika dihubungi.

Ekoran kejadian itu, pemandu kereta Proton Exora dipercayai lelaki rentung sementara pemandu kereta Myvi meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata pemandu treler pula mengalami patah kaki dan dihantar ke Hospital Parit Buntar. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: kemalangan maut , Ipoh

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan