Belasah Pemandu Lori: Polis Rakam Percakapan 15 Individu

Diterbitkan: Sabtu, 21 Januari 2017 5:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis telah merakam percakapan 15 individu termasuk pemilik video berhubung kes seorang pemandu lori dibelasah sekumpulan lelaki di tempat letak kereta kondominium Puncak Anthenaneum, Bukit Antarabangsa dekat sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata kesemua saksi telah dipanggil sejak hari kejadian bagi menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku.

"Kami ambil keterangan untuk kenal pasti individu yang terlibat dalam kes ini, orang ramai juga diminta tidak membuat sebarang spekulasi kerana ia tidak membantu mana-mana pihak," katanya dalam sidang media di sini, Sabtu.

Selain itu, beliau berkata pihaknya telah memperoleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kondominium tersebut bagi membantu siasatan dan ia telah dihantar ke makmal untuk dianalisis.

"Siasatan tidak hanya berpandukan kepada rakaman video yang ditularkan kerana ia tidak menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku," katanya.

Ditanya adakah pemilik kereta Mercedes Benz turut terlibat, Hamzah berkata semakan mendapati pemiliknya merupakan seorang wanita dan suaminya juga bukan individu bergelar 'Datuk' seperti ditularkan.

"Mereka (wanita dan suaminya) itu tidak terlibat dalam kes ini dan saya harap orang tidak perbesarkan cerita ini, tindakan mereka hanya mengganggu siasatan," katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merusuh yang memperuntukan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes itu mendapat perhatian ramai apabila rakaman video yang tidak diketahui sumbernya menjadi tular di laman sosial yang memperlihatkan aksi beberapa lelaki membelasah mangsa yang terbaring di jalan raya selama beberapa minit.

Setakat ini, seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan