Bomba 'Bebaskan' Kemaluan Lelaki Tersangkut Dalam Botol Mineral

Diterbitkan: Jumaat, 20 Januari 2017 4:50 PM

Anggota bomba berusaha mengeluarkan kemaluan mangsa yang tersangkut dalam botol air mineral.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pemuda terpaksa menanggung kesakitan kira-kira 90 minit akibat kemaluannya tersangkut dalam botol air mineral sebelum "dibebaskan" anggota bomba.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata kejadian berlaku di Telok Gong, Pelabuhan Klang apabila pemuda berumur 21 tahun terbabit cuba membuang air kecil di dalam botol itu di rumahnya kira-kira 4 pagi Jumaat.

"Pemuda itu yang dalam keadaan terdesak cuba memotong botol air mineral itu menggunakan gergaji logam," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata tindakan itu sebaliknya lebih memudaratkan menyebabkan kecederaan pada kemaluannya hingga berlaku pendarahan yang banyak.

Katanya sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang serta Andalas yang menerima panggilan kecemasan kira-kira 5.25 pagi, bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya memotong botol itu dan menamatkan penderitaan pemuda itu dalam tempoh 10 minit.

Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: kemaluan , botol mineral

iklan

Video

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Kolumnis

iklan

Iklan