EAIC Siasat Laporan Kematian Tahanan Lokap IPD Bera

Diterbitkan: Jumaat, 20 Januari 2017 11:13 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) akan menyiasat kes kematian seorang tahanan di lokap Ibu Pejabat Polis Bera, Pahang pada 18 Januari lalu.

Menurut kenyataan badan itu, pasukan petugas terdiri daripada pegawai kanan EAIC telah ditubuhkan untuk menjalankan siasatan segera ke atas kes tersebut.

EAIC memetik beberapa laporan portal berita yang menyatakan tahanan berusia 49 tahun itu dikatakan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia pada 12.15 pagi.

Dia dilapor ditahan polis berkaitan kes curi dan disiasat menurut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

EAIC berkata ia memandang serius soal kematian tahanan di dalam lokap pihak berkuasa serta menegaskan integriti dan kredibiliti penguat kuasa seharusnya tidak dicemari dan perlu dipelihara daripada kejadian seperti ini.

Badan itu menggesa agensi penguatkuasaan yang mempunyai lokap mengambil perhatian serius terhadap syor dan langkah penambahbaikan oleh EAIC berhubung pengurusan dan tatacara pengendalian tahanan.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: EAIC , Bera

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan