SPRM Tahan CEO GLC Bergelar 'Datuk'

Diterbitkan: Khamis, 19 Januari 2017 2:09 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang suspek bergelar 'Datuk' yang juga pemangku ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Turut ditahan adalah pengurus jualan antarabangsa syarikat yang sama.

Suspek yang berusia 58 dan 36 tahun itu ditahan di bawah operasi Ops Guinea oleh sepasukan pegawai SPRM tengah hari Khamis.

Suspek yang bergelar Datuk itu ditahan di rumahnya di Tropicana Indah, di sini, manakala pengurus jualan itu ditahan di kediamannya di Taman Desa, Jalan Klang Lama.

Mereka dikatakan telah terlibat dalam amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa berkaitan sebuah projek e-pasport bagi negara di rantau Afrika.

Sumber berkata, kedua-dua suspek telah meminta wang sogokan antara tahun 2013 dan 2015.

Rasuah itu didakwa diperoleh daripada pemilik sebuah syarikat swasta yang berpangkalan di luar negara.

Difahamkan syarikat GLC berkenaan telah menandatangani kontrak dengan negara itu bagi tempoh 15 tahun sebagai persediaan untuk melaksanakan kemudahan e-pasport.
Tags / Kata Kunci: rasuah , e-pasport , SPRM , GLC

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan