Hotel Bajet, Rumah Kedai Musnah Dalam Kebakaran - Berita Jenayah | mStar

Hotel Bajet, Rumah Kedai Musnah Dalam Kebakaran

Diterbitkan: Khamis, 19 Januari 2017 12:24 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah hotel bajet yang masih dalam proses ubah suai dan sebuah rumah kedai musnah dalam kebakaran di Jalan Raja Laut, di sini awal hari Khamis.

Komander Operasi Kanan II Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Rosdhi Roslan berkata kejadian berlaku kira-kira 5 pagi.

"Sebanyak tiga jentera dengan 27 anggota dan pegawai dari tiga balai bomba digegaskan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada 5.18 pagi dan api dapat dipadamkan sepenuhnya pada 5.54 pagi," katanya ketika dihubungi.

Katanya tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Derek, mendakwa api bermula dari tingkat dua bangunan rumah kedai terbiar bersebelahan hotel bajet tersebut.

Katanya api marak dengan cepat dipercayai disebabkan struktur bangunan yang diperbuat daripada kayu dan batu.

Tags / Kata Kunci: rumah kedai , Jalan Raja Laut , hotel bajet

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan