Tahanan Di Lokap IPD Bera Meninggal Dunia

Diterbitkan: Rabu, 18 Januari 2017 11:17 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN:  Seorang tahanan lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia awal pagi Rabu.  

Ketua Polis Daerah Bera DSP Mansor Samsudin berkata anggota pengawal lokap lelaki di IPD itu mendapati mangsa Soh Kai Chiok, 49, tidak sedarkan diri dan meninggal dunia pada 12.15 pagi. 

Bagaimanapun, Mansor berkata siasatan awal mendapati kematian lelaki itu tiada kaitan dengan unsur jenayah seperti pergaduhan sepanjang berada dalam lokap tersebut berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV). 

Sehubungan itu, beliau meminta orang awam tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes itu kerana ia boleh mengganggu siasatan yang sedang dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mansor berkata lelaki yang mempunyai lima rekod lampau di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu ditahan polis kerana disyaki mencuri pisang dan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. 

"Mangsa ini ditangkap pemilik kebun pisang itu bersama empat pekerjanya dan diserahkan kepada polis. Semasa pihak polis menerima mangsa didapati ia telah mengalami kecederaan pada bahagian tangan kiri, kaki kiri dan juga pada bahagian muka.  

"Mangsa telah dibawa ke Klinik Kesihatan Triang dan dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) di Temerloh. 

"Semua prosedur lokap dipatuhi dalam menentukan mangsa diberikan rawatan, makan ubat, makan dan minum serta tidur mengikut masa," katanya. 

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke HOSHAS untuk bedah siasat. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Tahanan Meninggal Dunia , IPD Bera

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan