Kes Rogol: Budak Umur 10 Tahun Antara Individu Dikehendaki Polis

Diterbitkan: Rabu, 18 Januari 2017 10:23 PM

(Ubah saiz teks)

LABUAN: Seorang budak lelaki berumur 10 tahun sedang dicari polis berhubung kes rogol berkumpulan.

Budak lelaki itu merupakan antara 86 individu yang sedang diburu polis Labuan kerana terbabit dalam pelbagai kes jenayah di pulau bebas cukai ini.

Budak lelaki itu disyaki terbabit dalam kes rogol berkumpulan kira-kira dua tahun lalu dan telah menghilangkan diri sejak itu.

Individu paling tua dalam kalangan 86 suspek dalam 'senarai dikehendaki' polis Labuan ialah lelaki berumur 69 tahun yang terlibat dalam kes tipu.

Individu yang tersenarai dalam 'senarai dikehendaki'itu, melakukan jenayah antara 2011 dan tahun lepas.

Ketua Polis Labuan, Supt Adzhar Othman berkata 86 individu itu diburu kerana melakukan jenayah seperti bunuh, rogol, ugut, menyebabkan kecederaan teruk, curi, pecah rumah dan gagal hadir di mahkamah.

Katanya polis telah mengeluarkan rayuan terkini bagi mendapatkan maklumat untuk mengesan individu dikehendaki berkenaan - kesemua mereka adalah lelaki -kerana sesetengah daripada mereka masih belum dapat dikesan selepas enam tahun.

"Kebanyakan daripada suspek adalah daripada Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Lainnya sama ada warga Indonesia atau Filipina" katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek berkenaan agartampil membantu polis, namun Adzhar menasihati mereka agar tidak bersemuka secara peribadi dengan individu dalam "senarai dikehendaki' itu.

"Kami mahu bercakap dengan mereka yang mempunyai maklumat tentang orang yang dikehendaki polis yang telah kami keluarkan senarai nama mereka sebelum ini.

"Hanya salurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran untuk membolehkan kami menjalankan siasatan," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Kes Rogo , Budak Lelaki 10 Tahun

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan