Rumah Panjang 15 Pintu Musnah Terbakar

Diterbitkan: Selasa, 17 Januari 2017 11:42 PM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Sebuah rumah panjang 15 pintu di Sungai Tunoh, Bukit Mabong musnah dalam kebakaran sekitar jam 3.30 petang Selasa.

Kebakaran rumah panjang itu hanya dilaporkan oleh ketua rumah panjang itu, Tuai Rumah Tanik Kudi kepada ketua masyarakat di Kapit, Penghulu Steward Sawing sekitar jam 5.30 petang berikutan liputan talian telefon kurang baik.

Penghulu Steward semasa dihubungi Bernama berkata, tuai rumah itu terpaksa pergi ke kawasan SK Sungai Tunoh iaitu kira-kira 30 minit perjalanan dengan kenderaan pacuan empat roda untuk membuat panggilan telefon.

Dia ada menghubungi saya memaklumkan rumah panjang beliau telah terbakar namun tidak ada kecederaan berlaku.

Dia tidak beritahu jumlah mangsa yang terlibat dan punca kebakaran.

Selepas itu saya terus buat laporan di Balai Polis Kapit.

Di sana memang susah dapat liputan telefon, jelasnya.

Rumah panjang itu hanya dapat dihubungi dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda melalui jalan balak yang memakan masa selama tiga jam setengah dari pekan Kapit.

Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, pihak Balai Bomba dan Penyelamat Kapit telah dimaklumkan mengenai kebakaran tersebut oleh pihak polis.

Bagaimanapun katanya, setakat ini pihaknya belum ada butiran lengkap kejadian berkenaan.

Beliau berkata, pasukan dari balai bomba itu akan bergerak ke lokasi esok untuk membuat penilaian dengan menaiki bot. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: rumah panjang , kebakaran

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan