Rusuhan Di Parlimen: Polis Nafi Dakwaan Khalid Samad

Diterbitkan: Selasa, 17 Januari 2017 7:55 PM

Amar Singh Ishar Singh.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis menafikan kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bahawa tiada tindakan diambil terhadap suspek utama kes rusuhan di luar bangunan Parlimen pada November lalu.

Khalid dipetik sebuah portal berita dalam talian pada Isnin sebagai berkata suspek utama termasuk Firdaus Tajuddin, anak kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman tiada dalam kawad cam yang dihadirinya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata dua sesi kawad cam diadakan pada 13 Dismber dan 10 Januari lalu.

"Khalid hadir dalam sesi kawad cam kedua dan dua suspek telah dicam daripada 11 suspek yang mengambil bahagian.

"Semua suspek yang ditangkap telahpun mengambil bahagian dalam sesi kawad cam termasuk anak kepada Timbalan Menteri yang dimaksudkan," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata hanya seorang suspek yang masih belum dikenalpasti.

"Semua kawad cam itu dilakukan dengan sempurna mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dan perjalanan kawad cam ini turut dihadiri oleh peguam kedua-dua pihak," katanya.

Dalam kejadian pada 24 November lalu, Khalid diserbu sekumpulan individu yang cuba menyerangnya di perkarangan pintu masuk Parlimen.

Insiden berkenaan dipercayai berpunca daripada pertikaman lidah membabitkan perkataan “sial” antara dirinya dengan Tajuddin.

Susulan insiden itu, polis kemudian menahan 11 suspek yang terdiri daripada tiga wanita untuk membantu siasatan dengan salah seorang daripada mereka adalah Tajuddin sendiri.


iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan