Polis Minta Lelaki Panjat Kren Tampil Bantu Siasatan

Diterbitkan: Selasa, 17 Januari 2017 3:00 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis meminta lelaki yang memanjat kren di sebuah tapak pembinaan di Jalan Bougainvillea di sini awal bulan ini supaya tampil bagi membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Superitendan Abdul Rani Alias berkata pihaknya sedang berusaha mengesan lelaki terbabit termasuk menghantar permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Polis telah menghantar surat kepada SKMM untuk membantu pihak berkuasa mengesan identiti lelaki terbabit menerusi akaun Facebook miliknya, namun belum mendapat maklum balas," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Ketua Polis Daerah Ipoh di Balai Polis Pasir Putih di sini, Selasa.

Katanya setakat ini, dua kertas siasatan dibuka terhadap kes itu melibatkan Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan yang boleh membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Selain itu, Abdul Rani menyeru kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki terbabit agar tampil bagi membantu siasatan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya orang ramai tidak lagi terikut-ikut dengan tred seumpama itu sebelum berlaku sebarang tragedi.

"Masih banyak lagi aktiviti mencabar boleh dilakukan dengan cara yang 'halal' seperti mengikut kelab kembara atau sebagainya yang ada pengalaman untuk membimbing serta peralatan keselamatan yang lengkap," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Rani meminta orang ramai yang ingin meninggalkan rumah sempena cuti musim perayaan Tahun Baharu Cina agar memaklumkannya kepada pihak polis.

Beliau berkata, ia bukan sahaja dapat membantu polis membuat pemantauan malah ia dapat mencegah kejadian jenayah daripada berlaku.

Selain itu, beliau juga menasihatkan ibu bapa agar dapat mencegah anak-anak mereka daripada bermain mercum kerana bimbang ia akan mendatangkan bahaya kepada mereka atau orang lain.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: kren , Ipoh

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan