Kanak-Kanak Tiga Tahun Terkunci Di Dalam Kereta

Diterbitkan: Selasa, 17 Januari 2017 3:45 PM

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun terperangkap hampir setengah jam di dalam kereta selepas ibunya memberhentikan kenderaan untuk membeli barang di sebuah kedai di Jalan Ekspo, Kamunting dekat sini pagi Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Taufiq Abdul Sattar berkata dalam kejadian kira-kira 9 pagi tadi kanak-kanak tersebut, Raisha Izara Sofia Rahmanudin duduk di kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang kereta. 

Katanya ibu mangsa, Wanoor Maliesa Mohd Zakir, 35, telah menutup pintu kereta di depan kedai tanpa menyedari kunci tertinggal di dalam kenderaan pelbagai guna jenis Proton Exora itu.

"Ibu kanak-kanak itu telah menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan dan anggota bomba menggunakan dawai untuk membuka kunci pintu kereta dalam tempoh 10 minit," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa. 

Taufiq berkata kanak-kanak berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, kepala sebuah lori kontena yang membawa muatan tin minuman hangus terbakar di Kilometer 260.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, dekat Terowong Menora pagi tadi. 

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7.44 pagi. 

"Bahagian kepala lori musnah terbakar sehingga 40 peratus dan tiada mangsa yang terlibat," katanya. 

Tinjauan Bernama mendapati, insiden itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang kira-kira tiga kilometer.-- Bernama

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan