Majikan Dera Pekerja Kena Cekup

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2017 1:40 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Majikan yang dipercayai mencederakan pekerjanya dengan menggunakan objek tumpul dan pemetik api ditahan reman hingga Rabu ini bagi membantu siasatan.

Suspek lelaki berusia 36 tahun itu, yang menjalankan perniagaan peralatan pewangi kenderaan, ditahan di Jalan Bakawali 52, Taman Johor Jaya di sini, Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor SAC, Datuk Kamarul Zaman Mamat, dalam kenyataan pada Ahad, berkata pihak polis turut merampas beberapa peralatan yang disyaki telah digunakan untuk memukul mangsa, Nur Firdaus Ibrahim, 21.

Beliau berkata ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine tetapi tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan cedera parah dengan senjata dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.

Pada 11 Januari lepas, dua laporan polis serta gambar-gambar Nur Firdaus dalam keadaan lemah, tak bermaya, serta bekas dipukul, menjadi tular di media sosial. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: majikan , cekup , kes dera

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan