Lelaki Mati Rentung Selepas Pertikaian Harta

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2017 10:23 AM

Polis menjalankan siasatan ke atas kereta yang terbakar di Yong Peng.

(Ubah saiz teks)

YONG PENG: Seorang lelaki berusia 60 tahun ditemui rentung dalam keretanya di ladang kelapa sawit milik ibunya di sini, Isnin.

Ting Ching King dilaporkan berselisih faham dengan ibunya apabila harta tersebut tidak diserahkan kepadanya.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Abdul Wahib Musa berkata mangsa kali terakhir menghubungi ibunya pada Jumaat lalu.

Ibu mangsa memberi amaran kepadanya supaya tidak mengambil sebarang aset dan harta benda keluarga mereka.

Abdul Wahib berkata seorang saksi membuat laporan kepada polis mengenai penemuan sebuah kereta terbakar pada Ahad.

Siasatan awal mendapati kereta tersebut yang dikunci dari dalam mungkin terbakar dua hari sebelum itu.

Katanya, brek tangan berada dalam keadaan ditarik dan polis percaya mangsa kecewa kerana tidak diberikan sebarang harta.

Tags / Kata Kunci: kereta terbakar , rentung

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan