Bapa Minta Bantuan Polis Tahan Anak Mabuk 'Amuk'

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2017 12:18 PM

Lelaki berusia 23 tahun itu kini dalam tahanan polis di Miri.

(Ubah saiz teks)

MIRI: Seorang bapa terpaksa meminta bantuan polis untuk menangkap anak lelakinya yang mengamuk di rumah mereka selepas mabuk.

Insiden berlaku di sebuah perkampungan setinggan di Pujut 1 yang terletak berhampiran pusat bandar raya Miri, malam Ahad.

Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Khoo Leng Huat mengesahkan polis telah menahan lelaki berusia 23 tahun yang menyerang isteri dan ibunya ketika mabuk.

"Lelaki itu bertindak memukul isteri dan ibunya dan memecah semua barang di rumah mereka.

"Keluarga suspek menghubungi polis untuk bantuan dan pegawai kami dikejarkan ke lokasi kejadian dan menangkapnya," kata Leng Huat.

Tags / Kata Kunci: mabuk , PDRM

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan