Dua Terselamat Kereta Terjunam Ke Sungai Gombak

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2017 4:08 PM

Anggota bomba dan polis mengeluarkan sebuah Proton Satria yang terjunam ke Sungai Gombak, pagi Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua wanita nyaris maut setelah kereta yang dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam Sungai Gombak di Jalan Kuching berhampiran sebuah pusat membeli-belah, di sini pagi Isnin.

Pemandu kereta berumur 36 tahun dan penumpang berusia 43 tahun itu, bagaimanapun terselamat dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Nadzri Hussain berkata kereta jenis Proton Satria itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh tembok dan terjunam ke sungai berkenaan pada kedalaman lima meter, kira-kira pukul 5.50 pagi.

Beliau berkata penumpang itu sempat menarik rakannya keluar melalui tingkap kereta yang pecah sebelum mendapatkan bantuan.

"Kedua-dua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat di HKL," katanya.

Mohd Nadzri berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan.

Kedua-dua mangsa dilaporkan dalam perjalanan dari arah Setapak ke Balakong.

Kejadian berkenaan turut mengakibatkan kesesakan teruk dari Jalan Kuching ke pusat bandar sehingga pukul 9.30 pagi akibat tindakan pengguna yang ingin melihat kemalangan itu. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: kereta terjunam , Sungai Gombak

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan