'Datuk' Serang Pengawal Keselamatan Serah Diri

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2017 2:05 PM

Gambar merakamkan adegan suspek cuba memotong alat pengunci tayar dari sebuah kereta.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ahli perniagaan bergelar 'Datuk' yang didakwa menyerang seorang pengawal keselamatan yang cuba merakam perbuatannya membuka pengunci tayar dari sebuah kereta jenis Mercedes Benz telah menyerah diri kepada polis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan suspek menyerah diri di ibu pejabat polis di Jalan Patani dekat sini kira-kira pukul 11 pagi Isnin.

Difahamkan lelaki tersebut yang bergelar Datuk Seri merupakan ahli jawatankuasa Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC).

Beliau antara 50 pengarah dalam PCCC dan terlibat dalam perniagaan produk kecantikan.

Klip video berdurasi 39 saat yang dipercayai dirakam di sebuah kondominium di Jelutong dekat sini menunjukkan seorang lelaki cuba membuka pengunci tayar kereta menjadi viral di laman sosial.

Dalam rakaman itu, suspek menggunakan pemotong besi untuk membuka pengunci tayar yang dipasang pengurusan kondominium itu sebelum memukul mangsa menggunakan alat yang sama.

Insiden berlaku kira-kira pukul 4 petang Sabtu lalu.

Mior Faridalathrash berkata mangsa berusia 43 tahun mendakwa dipukul lelaki itu setelah dia merakam gambar suspek memotong alat pengunci tayar kepunyaan pengurusan kondominium di mana tayar keretanya telah dikunci.

Beliau berkata sebelum kejadian itu, suspek terlebih dahulu telah bertengkar dengan pengawal keselamatan berkenaan kerana marah selepas tayar keretanya dikunci.

"Selain menggunakan alat pemotong besi itu, suspek turut bertindak menumbuk dan menendang pengawal keselamatan berkenaan sehingga dia mengalami kecederaan di badan serta muka," katanya.

Beliau berkata pengawal keselamatan itu mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang sebagai pesakit luar sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Katanya pihaknya turut menerima satu laporan polis daripada ahli perniagaan berkenaan berhubung insiden itu dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mendapatkan keterangan daripada saksi serta rakaman kamera litar tertutup di kawasan kondominium itu.  


iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan