Jiran Selamat Dua Beradik Terperangkap Dalam Kebakaran

Diterbitkan: Ahad, 15 Januari 2017 3:57 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Dua kanak-kanak dipercayai adik-beradik berjaya diselamatkan jiran mereka daripada terperangkap dalam kebakaran di rumah mereka di Jalan Landak Kawan, Taman Abad, dekat sini, malam Sabtu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru Ibrahim Omar berkata dua kanak-kanak berkenaan dipercayai berseorangan di rumah ketika kejadian berlaku pada kira-kira 11 malam.

"Bagaimanapun, kanak-kanak perempuan dan lelaki masing-masing berusia 11 dan tiga tahun itu telah diselamatkan orang awam sebelum bomba tiba di lokasi," katanya.

Ibrahim berkata ketika ditemui, kedua-dua mereka yang tidak mengalami sebarang kecederaan bagaimanapun berada dalam keadaan trauma atas kejadian yang menimpa mereka.

Hasil pemeriksaan lanjut, tiada dokumen milik pemilik rumah dan kedua-dua kanak-kanak itu ditemukan di dalam rumah berkenaan.

"Tiga jentera dan 17 anggota dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada 11.34 malam. Kebakaran itu mengakibatkan bilik tidur di rumah terbabit terbakar hampir 70 peratus," katanya.

Beliau berkata operasi tamat sepenuhnya pada 12.27 tengah malam.

Punca dan anggaran kebakaran masih dalam siasatan. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: kebakaran , dua beradik , selamat

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan