Polis Siasat Status 'Sarawak Update' Hina Kaum

Diterbitkan: Ahad, 15 Januari 2017 10:28 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Polis Sarawak meminta pengendali akaun Facebook 'Sarawak Update' untuk tampil membantu siasatan polis berkenaan status yang dimuat naik baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata seorang individu telah membuat laporan polis di Balai Polis Mukah pada 5.40 petang semalam berhubung status daripada Sarawak Update yang didakwa menghina menteri Sarawak dan mengandungi kata-kata penghinaan terhadap sesuatu kaum.

"Polis Sarawak telah memulakan siasatan berkenaan status daripada Sarawak Update di bawah Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Pada masa ini tidak jelas siapa daripada kalangan pengendali Sarawak Update yang memuat naik status itu, tetapi daripada komen oleh pengikut laman sosial itu, jelas bahawa status tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Justeru, beliau menggesa agar pihak yang memuat naik status itu tampil memberi kerjasama kepada polis untuk membantu siasatan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Sarawak Update

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan