Lelaki Miliki Dadah Bernilai Lebih RM100,000 Ditahan

Diterbitkan: Ahad, 15 Januari 2017 2:30 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Polis Pahang merampas dadah bernilai RM129,538 selepas menahan seorang lelaki di hadapan sebuah rumah di Taman Polo, di sini Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang, Supt Lam Thiam Huat berkata sepasukan polis menahan kereta dinaiki suspek berumur 27 tahun hasil maklumat awam, kira-kira pukul 7.45 malam.

Susulan tangkapan itu, katanya, suspek membawa polis ke sebuah rumah sewa di Taman Kota Sultan Ahmad Shah di sini, dan polis menemukan 11,974 pil kuda dianggarkan bernilai RM119,470 serta dadah jenis syabu seberat 143.83 gram bernilai RM10,068.

"Selain itu, polis turut merampas wang tunai RM7,800, barangan kemas bernilai RM6,948 dan sebuah kereta bernilai RM45,000," katanya pada sidang media di sini, Ahad.

Lam berkata siasatan awal mendapati suspek yang mempunyai tiga rekod jenayah lampau itu dipercayai memperoleh bekalan dadah berkenaan dari negara jiran dan Kuala Lumpur untuk pasaran sekitar bandar ini dan Kemaman, Terengganu.

Beliau berkata lelaki itu ditahan reman selama seminggu mulai Sabtu untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu boleh dihukum gantung mandatori jika disabit kesalahan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Dadah

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan