Pelajar Sekolah Ditahan Fitnah Kematian Adenan Satem

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2017 2:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Seorang lagi individu iaitu seorang pelajar sekolah menengah ditahan pada Sabtu atas dakwaan membuat kenyataan berunsur fitnah  berhubung kematian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata pelajar perempuan itu yang berumur 17 tahun yang menggunakan nama samaran di Facebook 'Zera Zera' ditahan oleh polis Mukah pada pukul 10.45 pagi

"Kesnya sedang disiasat CID Bintulu di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata sehingga hari ini sebanyak 40 laporan dibuat di 12 daerah polis dengan siasatan sedang dijalankan ke atas tujuh laporan.

"Setakat ini lima individu telah ditahan oleh polis Sarawak kerana memuat naik kenyataan berunsur fitnah berhubung kematian Adenan," katanya.

Adenan, 72, meninggal dunia pada Rabu lalu akibat komplikasi jantung. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Adenan Satem

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan