Warga Emas Ditemui Mati Dijerut - Berita Jenayah | mStar

Warga Emas Ditemui Mati Dijerut

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2017 11:56 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas berusia 65 tahun ditemui mati dengan kesan jerutan di leher di sebuah apartmen di Kepong dekat sini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mayat lelaki itu ditemui seorang penduduk di apartmen terbabit kira-kira pukul 5 petang Jumaat.

Polis mengklasifikasikan insiden itu sebagai kes bunuh dan sedang menyiasat motif sebenar kejadian.

Ali berkata lelaki itu mengendalikan sebuah kedai perubatan tradisional Cina di Taman Wangsa Permai di sini.

"Anak lelaki mangsa berkata bapanya menerima panggilan daripada seorang lelaki semasa dia berada di kedai. Mereka berbual dalam Bahasa Malaysia mengenai sesuatu yang tidak diketahui.

"Mangsa kemudian meninggalkan kedai dan menaiki motosikal kira-kira pukul 1.20 petang selepas menerima panggilan itu. Dia tidak memaklumkan lokasi ditujuinya," kata anak mangsa.

Ali berkata anak lelaki mangsa cuba menghubungi telefon bimbitnya kira-kira pukul 2.25 petang tetapi ia telah dimatikan.

Dia tidak lagi menghubungi bapanya sehingga mayat mangsa ditemui seorang penduduk di apartmen tersebut.

"Terdapat kesan jerutan di leher mangsa dipercayai menggunakan tali. Tiada kecederaan pada bahagian lain di badan mangsa.

"Dia berpakaian lengkap kecuali telefon bimbitnya. Semua barang lain milik mangsa turut dalam keadaan baik," kata Ali.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Mangsa meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

Tags / Kata Kunci: warga emas , maut , jerutan
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan