Seorang Maut, Empat Cedera Kemalangan Di Pekan

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2017 9:27 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang ejen insurans maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 63, Jalan Nenasi-Rompin, Pekan pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Amran Sidek berkata pada kejadian pukul 1.30 petang itu, mangsa Samzilah Mohamad, 39, yang memandu kereta jenis Honda Civic disahkan meninggal dunia di Hospital Rompin.

Dua anak mangsa Yasmin Sofiah Mahfduz, 10, dan Marisa Amani, 7, pula cedera.

"Kemalangan dipercayai berpunca apabila kereta mangsa yang dalam perjalanan dari Pekan ke Rompin hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori.

"Pertembungan itu menyebabkan lori tersebut berpusing dan terbalik di tengah jalan sebelum dilanggar pula oleh sebuah lagi kereta jenis Proton Saga yang datang dari arah belakang," katanya.

Amran menambah pemandu lori tersebut Tan Yee Shen, 21, dan kelindannya Low Kian Tak, 37, patah kaki manakala pemandu Proton Saga itu Mohd Fadhli Shah Alauddin, 34, dan anaknya Muhammad Farish Ahnaf, 7, serta ibunya Azizah Mohamad, 67, tidak cedera.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: kemalangan , Pekan

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan